AINI ZAKARIA — Resepi, Kecantikan & Gaya Hidup
Tampil Bergaya dengan Sandal Lelaki

Tampil Bergaya dengan Sandal Lelaki

AZ AINI ZAKARIA · · 1 komen

Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawa selain selipar, anda boleh menyelamatkan gaya anda agar tidak kelihatan terlalu kasual dengan bergaya bersama sepasang sandals? Selipar memang selesa, namun kadang kala tidak sesuai untuk acara tertentu seperti majlis perkahwinan atau persembahan di dewan.

Sandals Kasual Harian

Rekaan sandals kasual paling sesuai untuk aktiviti harian. Ia boleh dipadankan dengan seluar pendek mahupun jeans untuk gaya santai hujung minggu.

Gladiator Sandals

Untuk rekaan gladiator, ia sesuai dipadankan bersama baju Melayu terutama apabila menghadiri undangan perkahwinan atau sambutan perayaan. Kelihatan kemas tanpa terlalu formal.

Double Strap Sandals

Double strap sandals sesuai untuk padanan seluar slacks dan baju polo. Pilihan baik untuk aktiviti luar pejabat atau makan tengah hari bersama rakan.

Ankle Strap Sandals

Ankle strap sering menjadi pilihan ramai lelaki untuk digayakan bersama jeans dan baju-t. Kombinasi ini lebih menyerlah berbanding flip flops biasa.

Tip Memilih Sandals

  • Pilih saiz yang tepat — jari tidak sepatutnya tersepit.
  • Semak bahan tapak untuk elak licin di lantai basah.
  • Warna neutral seperti coklat, hitam, atau navy mudah digayakan.

Dapatkan lebih banyak rekaan menarik di kedai fesyen dalam talian tempatan yang menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia.