Tips Penjagaan Kulit Selepas Berminyak
AZ
AINI ZAKARIA
· · 0 komen
Kulit berminyak bukan bermakna tidak perlu pelembap. Ramai yang salah anggap dan akhirnya kulit jadi lebih bermasalah. Berikut tips ringkas berdasarkan pengalaman harian.
Cuci Muka Dua Kali Sehari
Gunakan pencuci berbahan lembut, bukan sabun kuat yang boleh mengeringkan kulit. Kulit kering akan menghasilkan lebih minyak sebagai tindak balas.
Jangan Sentuh Muka
Tangan kita penuh bakteria. Kebiasaan mengusap muka boleh menyumbang kepada jerawat.
Pelembap Ringan
Pilih pelembap jenis gel atau water-based. Elakkan produk berat yang menyumbat liang roma.
Pelindung Matahari
Wajib setiap hari, walaupun di dalam bangunan berhampiran tingkap. Cari formula tidak berminyak (oil-free).
Eksfoliasi Berperingkat
Scrub fizikal atau bahan seperti BHA boleh membantu, tetapi hadkan kepada dua kali seminggu sahaja.