AINI ZAKARIA — Resepi, Kecantikan & Gaya Hidup
Resepi Ayam Goreng Pasar Malam

Resepi Ayam Goreng Pasar Malam

AZ AINI ZAKARIA · · 0 komen

Siapa tak suka ayam goreng rangup macam di pasar malam? Resepi ini hasil percubaan berkali-kali sehingga dapat tekstur yang hampir sama dengan penjual gerai.

Perap Ayam

  • 1 ekor ayam, potong 8
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • Garam dan serbuk lada hitam
  • 1 biji telur

Gaul ayam dengan semua bahan perapan. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam — lebih lama lagi lebih sedap.

Cara Goreng

Panaskan minyak secukupnya. Goreng ayam dengan api sederhana hingga kekuningan, kemudian angkat seketika. Panaskan semula minyak dan goreng sekali lagi sehingga rangup keperangan. Teknik goreng dua kali ini menjadikan kulit lebih krispi.