AINI ZAKARIA — Resepi, Kecantikan & Gaya Hidup
Tutorial Asas Edit Blog di Blogger

Tutorial Asas Edit Blog di Blogger

AZ AINI ZAKARIA · · 0 komen

Ramai pembaca bertanya bagaimana nak mula blog sendiri. Blogger masih antara platform percuma yang paling mudah untuk pemula di Malaysia.

Langkah 1: Daftar Akaun

Pergi ke blogger.com, log masuk dengan akaun Google, dan klik "Cipta blog baru". Pilih tajuk dan alamat URL.

Langkah 2: Pilih Templat

Blogger menyediakan templat percuma. Pilih yang responsif (mobile-friendly) kerana kebanyakan pembaca guna telefon.

Langkah 3: Tulis Entri Pertama

Klik "Entri baharu", tulis tajuk dan kandungan. Gunakan tajuk yang jelas dan masukkan gambar relevan.

Langkah 4: Sesuaikan Reka Bentuk

Di menu Tema, anda boleh ubah warna, fon, dan susun atur widget. Jangan terlalu ramai widget di sidebar — ia boleh memperlahankan laman.

Tip SEO Asas

  • Gunakan tajuk yang mengandungi kata kunci carian semula jadi.
  • Tambah meta description pada setiap entri.
  • Pautan dalaman ke artikel berkaitan.

Jika anda perlukan bantuan reka bentuk profesional, layari halaman perkhidmatan blog design di laman ini.