Resepi Aiskrim Coklat Koko Krunch (Homemade)
AZ
AINI ZAKARIA
· · 0 komen
Anak-anak minta aiskrim setiap hujung minggu? Cuba buat sendiri di rumah — lebih jimat dan anda boleh kawal kandungan gula.
Bahan-bahan
- 500ml whipping cream
- 200ml susu sejat
- 100g coklat masakan, cairkan
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu teh serbuk koko
- Segenggam serbuk koko krunch atau cornflakes
Cara Buat
- Pukul whipping cream hingga pekat.
- Campurkan susu, coklat cair, gula, dan serbuk koko.
- Gabungkan kedua-dua campuran dengan kaedah lipat perlahan.
- Masukkan serbuk krunch, kacau sekata.
- Tuang ke bekas, bekukan 6 jam atau semalaman.
Keluarkan dari peti sejuk 10 minit sebelum dihidang supaya tekstur lebih lembut.